Tuesday 8 November 2022

Hampir Putus Asa

Aku ni bukan dari kalangan yang kaya. Tapi hidup dengan business tidak dapat dipisahkan. Mak aku seorang peniaga nasi lemak. Seperti gambar dibawah tu, Ya itu lah gerai mak aku ni berniasa sejak aku form 5 terus malam akan ada roti canai yang diusahakan ayah aku. Jadi aku lah yang kebanyakan membantu mereka walaupun bukan setiap masa. tika itu abg aku masih lagi di Poly untuk sambung belajar. 




Jadi nak dijadikan cerita, aku pula mengusahakan service baik pulih komputer sejak aku form 5, Ada kala dapat upah 10 ringgit pun dah bahagia, kerana rm10 tu persama pembelanjaan aku seminggu di sekolah. jadi bila dikumpul akan jadi selama 1 bulan agak mewah juga. dapatlah aku beli sony xperia x8 yang dimana phone android pertama yang aku beli. dari situ aku belajar pula untuk repair software phone. bertambah sibuk dengan gadjet tiba2 dah nak spm. 

Dulu aku ada satu pc, pc tu beli pada umur aku 6 tahun. dengan harga 3000 dan rosak pada tahun darjah 1. beli pun hutang. bayar ansuran. jadi lama juga aku tak de pc.. ada pun pendrive dengan 1 gb shj. pada masa tu. pada tingkatan 1 aku berjaya dapat nombor 1 dalam kelas dan ayah aku hadiah kan aku sebuah pc masa tu dengan harga 899. berpusing aku di lowyat. ingat lagi pc tu pc custom jenama vital. haha 

pada tahun semasa 2022 aku masih meneruskan business service pc tu. tapi dengan nama baru iaitu Hafiq Bros Studio. Aku berkongsi dengan member aku nama syafiq. tapi pada masa yang sama. aku membuka peniagaan jual air. 

Bukan apa peniagaan air ni adalah aku paling sayang sekali. Tak tahu kenapa. Aku sayang dengan peniagaan ni. Nama dia Three Heart. Aku ada dua staff. tapi biasalah peniagaan runcit ini ada turun naik. tapi aku suka. suka suka. bila satu2 staff angkat kaki aku rase terlalu kecewa. dan terus mood aku down.down sangat. banyak saya buang duit buang masa kat situ. untuk menguruskan kedai tu. tapi nak buat mcm mne. aku terpaksa tutup sementara. kerana aku sebuk dengan pru time tu. nak taknak aku nk kene teruskan hafiq bros kerana itu shj peniagaan yang tinggal. 

tapi yang lagi kecewa bila mesej tapi tak berjawab. atleast ada lah ucapan selamat ke? aduh. tension. 

Sayang nye sayang nya.