Monday 30 January 2012

Mood bercampur....


Hmmm.. dah dua minggu aku tak contact dier..  mcm mner lah skrung.. maybe dier tgh enjoy bekerja dan lepak ngan budak kat situ… lebih2 lagi si faiz iz…. Hmm..  klo dier terbaca blog nie mesti bengang kan… mood aku skrung mcm bercampur.. nak jumpa faiz iz nak jumpa dier.. Ntah lah.. Tak mampu nak g saner.. takder duit…Tuggu aku wat lessen motor dlu… baru sng nak bergerak kemana-mana…

Ntah2 aku jer lebih, dier rase biasa jer…. Hehe.. anyway hari nie aku baru pendaftaran untuk lessen L .. so pada 1.2.2012 aku akan gi untuk teori kpp.. hope tak tidur… kih2…

Mood aku nak jumpa dier sesangat… hmmm.. dapat minum ngan dier pown jadi ar… dari tak dapat jumpa langsung.. hahaha

Thursday 26 January 2012

Ntah Lah

Sejak lepak ngan dier nie... Dah rase lain lak.. maybe aku bukan seorang yang perokok kot... aku rase macam dah tak serasi.. hmmm.. ntah lah... aku rase tak stable, rase tak selesa.. mungkin dier pown terjebak sama... mintak maaf lah... aku tak leh ar.. klo budak bawah umur merokok dpan aku... rase mcm kita salah sbb tak jalankan amar maaruf dan nahi mungkar.. hmmm... aku suka lepak ngan dier.. tapi dah jadi mcm nie.. rase mcm dah tak leh bla... lebih2 lagi aku dah condanm kan kawan2 dier dgn sms.... pastuh aku rase mcm bersalah... then beberapa hari later mak bapak nak anta cendawan... but aku cakap yg aku tak leh ambik.. tapi tibe2 mak dier call aku dan cakap dier kat bawah umah... padehal aku dah bagi tau yang aku tak nak wat sementara nie.. hui... rase sebersalah... aku tak tahu ar.. aku yg salah ker diorang yg salah... aku mcm streessss... sbb mind set aku .... dah wat aku berfikiran yg jauh nie.. eee...

hmmm... lagi satu yg menyebabkan aku rase kurang selesa bila dier ader kuarkan fakta  pasal " aku tak berani langgar yg peraturan yang Allah tetapkan.... iaitu tak leh kuar malam"... jadi aku pelik..??????? gler... salah ker kuar mlm............. hey ntah ar...
 aku dah pening ar... sbb tak de dahlil  dan hadis yang menghalang umat manusia untuk kuar malam.. yang jadi salah nyer, perbuatan yang kita buat... iatu halal atau haram.. kita tahu bezakannya....... pikir2kan lah... dah lah susah lah klo orng yang berfikiran tertutup.. dier nampak depan jer.. disebalik benda tuh dier tak nampak.. bengang... betol.... dgn orang mcm tuh.. sumer nyer bermasalah... eee.. hmm... aku cube ubah dier.. tapi tak dapat.... nak wat camner....
 end -soalan yang tiada jawapannya-

Friday 20 January 2012

Kau Yang Ku Sayang By Manja

Pagi ini mama bangunkan aku seperti biasa, malasnya nk bangun pg sekolah…tapi disbbkan Aron yg handsome tu penguat semangat aku hendak ke sekolah…aku gagahkan juga…dgn langkah yg malas ke bilik air….aku hanya tenung jer air kolah itu… tiba2 mama menjerit dari luar….”Mira…dah siap ke? Cpt babah dah tunggu tu nk hantar kamu tu "…..Mira  mcm tersedar dari mimpi….."alamak dh lmbt…hbslah mama membebel kjp lg.....
Sampai di meja makan aku hanya menjamah air nescafe tarik yg mama buat , cpt2 aku lari ke kereta .Nasib baik babah cool ….dlm perjlnan ke sekolah  babah sll menasihatkan aku…bahawa ilmu itu penting dlm hidup….srh aku belajar rajin2….ketepikan dulu soal cinta....
Smpi di sekolah …aku tercarik2 kelibat Mila ….sllnya die tggu aku … tiba2 minah tu menyergah aku dari belakang…apa lg kuarlah ayat2 melatah aku……"eh ko ni Mira..muka je comel tp melatah mcm org tua…” "dah kau sergah aku apahal? "Ala aku saja je nyakat kau pg2 nih ...Mila terus menarik tgnku masuk ke kelas……di  satu sudut bangunan Aaron hanya memandang gelagat 2 gadis itu  dari jauh ….salah satunya amat menarik perhatiannya sjk dia mula2 jejak di sekolah ini ….bgnya gadis itu sangat comel dimatanya…..
Aron masuk ke kelas sperti biasa…kelas berjln seperti biasa….tahun ini dia akan menghadapi peperiksaan SPM …Aron terpaksa menumpukan sepenuh perhatian utk mendapatkan keputusan yg boleh membanggakan keluarganya.
Waktu rehat Mira habiskan masa di dlm library … Dia ingin mengulangkaji pelajaran kerana tahun ini juga dia akan menghadapi peperiksaan SPM…..Aron masuk ke dlm library…tiba2 matanya tertumpu pada seorang gadis yg membuatkan hatinya kdg2 berdebar laju ….Inilah peluang dia utk menghampiri gadis itu….
“Assalamualaikum Cik adik ? Boleh sy duduk sebelah awak? ” Mira mengangkat kepalanya….nak tercabut jantung Mira  yg dtg menegurnya adalah jejaka yg begitu menarik perhatiannya selama ini .Mira control comel menjawab ….”Waaalaikumsalam….Haa ddk jelah..bkn kerusi saya pon…ni kan kerusi hak milik sekolah SMKSS …”Nama saya Aron….boleh sy tahu nama adik …..” Mira segera menjawab “eh sy bkn adik awak lah “Eh2 karek lak minah ini dgn aku…..ujar Aron dlm hati …."setahu saya lah kn soalan saya tanya nama awak  je kan…..yg awak jawab mengarut ni apehal?  Mira mula nk melenting ….Eh sukati sayalah nk jawab ke x, yg awak nk tengking sy ni apahal? "Eh maafkan saya"…ujar aron…sy x bermaksud nk tengking awak….” Mira menjeling Aron…Dia bangun dan trs meninggalkan Aron dlm keadaan terpinga2…..Dlm hati Mira sbnrnya berbunga2 gembira , lelaki yang diminati telah menegurnya, mahu tido malam termimpi2.
2 bulan berlalu ….dan hari ini masing2 telah tamat peperiksaan SPM ..Lega rasanya Mira…dan paling die sedih, selepas ini dia akan tinggalkan sekolah yg begitu byk memory manis dan pahit.Beratnya rasa hati….sejak kejadian di library itu…Aron hanya memandang Mira dari jauh…ssh bgnya hendak mendekati gadis itu….Dan Mira pun hanya melihat Aron dari jauh ….Seboleh2 dia xnak ada apa2 hubungan dgn mana2 lelaki  selagi dia blm mencapai apa yg dia nak dlm hidup ini …..Biarlah rasanya bercinta selepas kawin..itu lg nikmat…Mira tersenyum sendiri.
Alhamdullilah  Mira dan Aron dpt keputusan  SPM yang sgt membanggakan….Masing2  telah terpilih ke Universiti Teknologi Malaysia …..Masa pendaftaran Mira terkejut….Dia ternmpk kelibat Aron …Eh dia pon dpt U yg sama dgn aku ke? Alaa….napelah boleh sama la pulak..ujar Mira dlm hati …Mungkin ini adalah dikatakan  jodoh ….Mira tersenyum sendiri…Nasib baik kos tak sama …..Kalau x kena bertembung dgn Aron hari2 la alamatnya…..
Aron terkejut bila ternampak gadis idamannya ..Allah seakan2  tahu apa yg tersirat di hatinya …Sejak dari kes di library…Aron tidak berani menegur  Mira ……dan Mira pon  mcm sll nk jauhkan diri  dari Aron….
Assalamualaikum Mira …Tak sangka jumpa awak di sini ….Mira menoleh ke belakang…Dlm  hatinya berkata…”Ya Allah handsomenya Aron ini ….SubhanaAllah sempurnanya kejadian Allah …. “ errr Waalaikumsalam ..Tak sangka jumpa awak di sini Mira…..awak amik kos ape? Mira menjawab dgn cara berhemah …Saya amik kos accounting…..Awak lak amik kos apa? Aron tersenyum dan menjawab dgn sopan …Saya ambil kos Mekanikal  Engineering…okla Aron saya nk balik bilik" Mira cepat2 berlalu pergi..."nanti ada masa kita jumpa lg lah eh….ujar Aron…”tgklah” jwb mira ….Mira masih seperti  dulu…jual mahal....taknak ada komitmen dgn sesiapa.Aron merasa sedikit kecewa.
Dan pada tahun terakhir pengajian , Mama menelefonnya  memberitahu ada org dtg  masuk meminang…Mira hampir2 terduduk….Dia blm hbs belajar dan blm bekerja pun tiba2 telah dirisik oleh seseorang yg tidak dikenali…Mama ckp orangnya baik dan beragama dan mama ckp mesti aku suka….Luruhnya jantung aku ….
Majlis pertunangan berjalan seperti yg ditetapkan ….Hati Mira betul2 x dapat terima..dahlah dia x penah tgk bakal suaminya…entah 2 hidung kemek ke? Mata sepet ke? Mama dan babah ckp semuanya sempurna di mata mereka ……Di mata mereka  tp di mata aku nanti…Aku yg nak kawin..Sehidup semati dgn bakal suamiku.
Tiba2 aku dikejutkan oleh bakal adik iparku ….”Kak mira …ini ada surat dari abg sy ..amiklah baca”….Mira tersenyum …Zaman 2 skrg pon ada org pakai surat …ujar mira dlm hati…

Mira membaca  satu persatu ayat2  dlm surat itu..
Wahai bakal isteriku Mira..


Maafkan saya kerana saya tidak pernah nak ajak awak berjumpa dan tiba2 saya melamar awak sbg suri hidup saya…..Bg saya itu suma tidak penting sebelum berkahwin, lgpon kita bkn muhrim kan….tidak elok jika berjumpa berdua…saya x berharap awak terima saya..awak masih ada masa lg utk menolak saya selagi kita blm disatukan.Tp saya nak awak tahu….Saya akan membimbing awak ke jalan Allah dan saya berharap awak dpt menyempurnakan saya bila kita bersatu nanti…..Sy berharap awak lakukan solat Istiqarah mintak petunjuk Allah Semoga awak dan saya akan disatukan dengan izin Allah….InsyaAllah.

Insan yg terlalu mencintaimu

Tiba2 Mira rasa tersentuh apabila membaca surat itu …..dan Mira segera melakukan solat istiqarah mohon petunjuk Allah jika benar inilah jodohnya …dia akan terima..Hanya Allah yg benar2 tahu isi hatinya , Hanya Allah yg merancang segala2nya …

Dan bila tiba hari dia disatukan , Mira terasa berdebar2 utk pergi ke masjid….Dia terasa sungguh takut utk melihat wajah suaminya itu…Sewaktu dia melangkah ke dalam masjid , Dia ternampak kelibat Aron di dlm masjid….Eh apa lg mamat ini buat kt sini ….mana aku pg ada je dia nih..takkan aku nk kahwin dia pun ada gak….Mira mengomel2 dlm hati ….
Dan alangkah terperanjatnya Mira , tiba2 lelaki yg duduk depan Tok Kadi adalah Aron…Lelaki idaman nya selama ini…Hampir mengalir airmata Mira dan dengan sekali lafaz , Mira sah menjadi milik Aron….Dan Mira menangis kegembiraan dan teresak2….Mama terperanjat dgn kelakuan mira..pikirnya Mira mesti rasa menyesal kerana berkahwin tanpa berkenalan terlebih dahulu ….Mira memeluk Mama….”Mama , Mira bersyukur sgt ditemukan jodoh dgn Aron ….Sjk sekolah menengah kami kenal cuma x penah rapat ….masing2 antara kami hanya memendam rasa cinta ..dan ari ini Mira gembira mama …Jodoh Mira adalah dgn orang yg Mira suka dan cintai ma…..Mira memeluk erat mamanya …terima kasih Mama..
Masa majlis membatalkan air sembahyang…Aron hanya mengenyit mata pada mira ….Mira mencubit bahu  Aron….”Eh sakitlah sayang”…Aron mengaduh…Awak nakal eh?buat saya mcm nih…muka Mira kemerah2an....Mira buat muka masam "Eh syg nanti kita cerita eh...Aron tersenyum gembira.
Selesai segala majlis , Aron dan Mira masuk ke bilik tidur …..Aron memegang tangan Mira ."Maafkan abg Sayang , Abg tak bermaksud nk lukakn hati syg…kan elok kita mcm ni…bercinta selepas kahwin…lg best kan"……Mira menangis …."Allah makbulkan doa  Mira bang …Inilah yg Mira berdoa hari2 selepas solat …Mira nk bercinta selepas kahwin" …..”Allah itu Maha Mendengar  sayang" …… dan dia telah makbulkan doa sayang kan”…..Abang betul2 cintakan Mira tau, cuma Mira je sll jual mahal …Mira tersenyum bahagia dan  memeluk erat suaminya…Mira pon cintakan abang……"Semoga perkahwinan kita akan kekal hingga ke akhir hayat  sayang" ….
 
p/S :Cerpen pendek yg di reka sendiri ...hope korang enjoy bila baca eh...maaflah kalau ada kekurangan....menulis hanya utk suka2 jer..huhuhuhu

Manja

Tertarik dengan cerpen nie. Tq Manja

Kerja Amal Ku...

Pada beberapa hari lepas, aku dipelawa untuk bekerja di sebuah carwash yang baru dibuka... Pada sebelum itu, aku dapat panggilan dari kawan rapat aku, bapanya yang buka carwash itu. Jadi aku terima pelawaannya... Tapi niat aku untuk kesana adalah untuk menolong dia kerana dia selalu cakap "tak cukup tangan wei, tolong aku". Jadi aku terima pelawaannya tanpa rasa ragu dan berfikir panjang. Pada malam hari selepas mendapat panggilan, aku berbincang dengan keluarga untuk menolong rakanku di carwash bapanya. Terus ayah aku bersetuju untuk mengahantar aku kerumah rakan aku. " dengan niat, aku ingin membuat kerja amal dan membantu rakan ku  dan ingin lepak dengannya selama yang boleh" niat aku apabila keluar dari rumah...

Apa bila sampai disana. Aku menunggu dia warung yang sekitar kawasan rumah dia sementara menunggu dia habis bekerja. Jam menunjukkan 11.00 malam. Ayah ku muluncur pulang kerumah. Kelibat rakan ku mula menyerlah... Punya lah suka nya... hmmm

Nak dijadikan cerita aku mula bekerja pada esok hari. Tak banyak kerata yang datang.. (mungkin baru buka)
hmm.. Best bila bekerja dengan dia. Tak boring.Tapi penatnya bila kami beramai membasuh kinopi kerana ianya salah satu perkhidmatan yang disediakan...

Hmm.. nak dijadikan cerita lagi.. ukhwah aku ngan dia bertambah akrab...

Cuma satu sifat yang aku tak suka pada dia ialah... dia seorang perokok, (aku tak leh hidu rokok dan bagi aku rokok adalah musuh) Pada salah satu malam, dia lepak dengan kawannya yang satu sifat dengannya... Tapi aku tak leh GET IN to group.. Jesteru aku terus pulan kerumahnya tanpa berfikir panjang. hmm... Ntahlah.. aku tak leh ar klo kawan baik aku sendiri merokok... dah wat aku mcm tunggul bile jumpa kawan dier yang len.. aku tau ar yang dia tgh gian untuk bermain gitar.. Aku paham. Jadi aku tunggu bersama dier dengan kawan2 dia hampir setengan jam... Aku tak dapat tahan lama. Jadi aku bangun lantas pulang. dengan muka masam. Itulah cerita pahit.. masa kat sana....

Tapi apa2 pun aku senang bila duduk disana... mcm dah lama kenal dengan keluarga dia...hmm.... jadi semua benda yang belaku pada malam tuh aku wat endah tak endah jer.. sebab dia kawan baik aku..

Pada esok nya sambung kerja seperti biasa... Bila ada time free jer (time takder keta lol) aku lepak ngan dier depan labtop dan explore android iaitu kegemaran kitorang untuk explore gajet dan software terbaru... hehehe... Akrab giler ar....

Then last day aku kat sana... teringat pesan mak.. " jangan lupa terima kasih kat orang yang jaga kita"
so aku jumpa mak dia untuk mengucapkan terima kasih... Dengan pesanan kirim salam dekat bapanya sekali... The End.... Kerja amal beb... duit tak jadi hal.. asal dapat lepak ngan dier yang otak agak2 masok air tuh. hahaha..  okey lah.... dari tak buat apa2 mase lepas spm nie. hahaha

Sunday 15 January 2012

Sajak pujaan Hati Ku

MAAFKAN kami CIKGU
CIKGU,
Engkau penyala jamung harapan jiwa,Engkau menerangi tiap langkah sibunga bangsa,Kaulah juga sikutup khanah yang amat berharga,Kata katamu,Bagaikan azimat dalam diri,Menjadi permata asli didalam hati,Semoga takkan layu diputal alami..

Cikgu,
Engkau umpama jendela bakti,
Tak pernah mengharap,
Tempias hargaan budi,
Cukuplah sekadar cebisan ingatan,
Tersimpul mati…

Teringat aku pada
Waktu engkau mencurah ilmu,
Kau mendidik tanpa mengira penat dan lelah,
Engkau mengajar tanpa mengenal erti sukar dan payah,
Tapi,, kami tak pernah menghargai,
Setiap titik pengorbananmu,
Saat kau berada disisi,
Mencurahkan bakti,
kami menjauh,
Menolak kau rakus,
Menolak engkau ke lurah kebencian,
Menghunjam kau kejurang kekejaman,
kami hamburkan kata penuh..
Kebencian!!!
Tapi,,
Kerana kasihmu cikgu,
Sabar pula dengan perangai kami,
Senantiasa pula mengingatkan ilmu itu obor dimasa hadapan..
Sunguh sungguh engkau budiman cikgu.
Ko sanggup menjadi lilin membakar diri,
Tapi..kami pula terlupa umbi,
Untuk berpijak dirumput bumi,
Lupa untuk mencium udara bumi,
Kamilah itu cikgu.
Yang menjadi api lantas mencairkanmu,
Yang menjadi duri lantas melukakanmu,
Hingga kami tegar membunuh harapan ayah dan bonda,
Hingga kami tegar memusnahkan impiamu guru2 semua..
Kamilah yang bersalah cikgu..
Kini cikgu,
Dari hati belahan sanubari,
Anak didikmu tampil menyerah sudi,
Betapa kasihku didalam rumpun cinta,
Jasamu akanku kenang,
Hingga ajal menjemput nyawa..
Sekali lagi cikgu..
Maafkanlah kami.

Sajak ini inspirasi dari kak hafizah (ketua cybernetic di sekolah aku)
Hakcikpta terpelihara

Saturday 14 January 2012

Adakah Kenangan Itu perlu

Selepas SPM ramai yang banyak buat hal masing-masing... Termasuklah aku.. Aku tertanya-tanya.. Adakah kenangan itu perlu.. Setelah aku fikir.. Kenangan itu memang penting.. Untuk kita jadikan teladan.. Tapi setiap kenangan yang dilalui adakalanya baik dan adakalanya buruk...

Aku ada kenangan yang rase tak dapat dilupakan..
Aku sebenarnya perlukan seorang kawan yang betul-betul paham aku.. Aku ada kawan.. Orang panggil die Chedet.. Kat area rumah aku ramai orang kenal dia..
Tapi sejak akhir-akhir nie... Aku susah sangat nak jumpa dia.. Aku masih lagi tidak bekerja disebabkan ketiadaan kenderaan di kawasan rumah aku.. Jadi aku jarang keluar rumah dan terperuk jer kat umah.. Chedet tuh duduk 20 km dari rumah aku.. Jadi tak dapatlah jumpa dier selalu.. Akhir-akhir nie pulak dier bukak tempat basuh keta.. Lagi susahlah aku nak jumpa dier.. Aku bukan apa.. Aku bukan apa.. Terlalu banyak kenangan aku ngan dia time sekolah dulu.. Bile ada program sekolah je.. Kita orang mesti bersama.. Jadi klo boleh nak jer lepak setiap masa ngan dier.. Kitaorang nie dah lah kepala giler2.. Bak kata orang tuh susahlah gler nak lupakan.. Time skolah dulu aku banyak buang masa dengan dier ar.. Walaupun kelas aku dengan kelas dia berlainan.. Tapi bile abih sekolah.. Kitaorang akan lepak kat makmal komputer sampai petang.. Baru balik umah masing2.. Hmmm... Itu semua tinggal kenangan.. Aku takder kawan len yang macam tuh dah sekarang nie.. T_T.. Kalau boleh lepas dapat result nie.. Nak sambung belajar dengan dier sama2.. Itu kalau ada rezeki... Bak kata orang kawan yang mcm tuh kat mana2 ada. hmm... yeker... adake kawan yang gelak gila mcm kitaorang nie erk..

Hmm.. itu kenangan aku ngan dier.. tapi sekarang nie aku tetap macam nie.. Hidup aku dengan labtop jer.. baru aku tahu.. Yang hidup dengan internet dan Pc tak sama dengan ada kawan yang memahami kita.. Bler lah aku dapat jumpa dier lagi.. Jadi kenangan itu membuat aku nangis, sedih, gembira, dan duka.. Pahit manis kehidupan.. hmm..


sengan nak luahkan kat orang... jadi nie lah tempat aku luahkan...