Wednesday, 7 January 2015

cara menjaga hati dan iman

Cara menjaga hati dan Iman

Apakah maknanya harta kekayaan, kecantikan wajah, rezeki yang berlimpah ruah apabila hati telah di kunci mati oleh Allah swt. Bagaimanakah cara untuk menjaga hati dan iman agar tidak tertutup?



Terjemahan surah Al-Baqarah – ayat 7

“ Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka siksa yang amat berat “

Ibnu Qatadah mengatakan
: Syaitan telah menguasai mereka kerana mereka telah mentaatinya. Maka Allah telah mengunci mati hati dan pendengaran serta penglihatan ditutup, sehingga mereka tidak dapat melihat petunjuk, tidak dapat mendengar, memahami dan berfikir.

Menurut Mujahid seperti yang dijelaskan oleh Ibnu Juraij : Allah mengunci hati mereka bermakna melekatnya dosa di hati kerana maksiat dan kekufuran yang dilakukan. Dosa itu menutupi hati dari melihat kebenaran.

Inilah balasan Allah swt kerana kekafiran dan kefasikan manusia. Apakah kita harus membiarkan diri kita terbelengu dengan dosa? Apakah kita tidak ingin mengubah diri kita menjadi insan yang bertakwa?

Hadis Rasulullah saw tentang Iman

Dari Abu Hurairah, dia menceritakan bahawa Rasulullah saw bersabda :
“ Sesungguhnya seorang mukmin jika dia mengerjakan satu perbuatan dosa, maka akan timbul noda hitam dalam hatinya. Jika dia bertaubat , menarik diri dari dosa itu dan mencari ridha Allah, maka hatinya menjadi jernih. Jika dosanya bertambah maka bertambah pula noda itu sehingga memenuhi hatinya. Itulah Ar-ran ( penutup ), yang disebut oleh Allah taala dalam firmannya :



“ Sekali-kali tidak (demikian ), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka “
( Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa-I, Ibnu majah)
Ibnu Jarir mengatakan berdasarkan dari Hadis diatas bahawa jika dosa itu telah bertumpuk dihati maka ia akan menutupinya, maka iman akan berkurangan dan ini yang dikatakan Allah mengunci mati hati mereka. Oleh itu maksiat akan menambah dosa dan sekecil-kecil dosa akan menutupi hati kita dari kebenaran. Solat tidak lagi khusyuk dan kita semakin malas menunaikan ibadah. Ulama telah menyatakan meningkatnya Iman adalah dengan bertambahnya kerajinan melakukan amalan solih dan meninggalkan perkara yang mendatangkan dosa. Berkurangnya keimanan adalah dengan bertambahnya melakukan maksiat dan semakin malas melakukan amalan solih.

Jangan menuruti kelakuan orang kafir.
Sudah jelas dimata, mereka melakukan pelbagai kemungkaran. Perzinaan, pakaian yang tidak menutup aurat, hiburan yang melampau, dan pelbagai lagi. Ini menambah dosa mereka kerana kekafiran mereka. Syaitan menguasai mereka hingga hati mereka tertutup dari melihat kebenaran. Oleh itu hayati dan ikuti sunnah dan jangan mencontohi mereka. Hindari hiburan-hiburan dan ideologi yang dibawa oleh mereka.

Perbanyak melakukan amalan solih
Cara untuk meningkatkan dan menguatkan iman dengan menjaga hati dan iman dari ditumpuk dengan noda hitam.
Belajar dengan hadiri Majlis ilmu dengan mendengar ceramah di rumah ibadat atau di Youtube atau di radio dan membaca bacaan ilmiah berkaitan keagamaan. Amalkan ilmu yang dipelajari.

Hindari maksiat mata, telinga, hati seperti sifat hasad dengki dan lainnya. Lagu-lagu boleh mengkhayalkan kerana ia adalah senjata syaitan. Banyakkan mendengar bacaan Alquran dengan terjemahan
Berbakti kepada kedua ibu bapa dan jangan sekali-kali mengatakan ahh.. kerana itu perbuatan derhaka.

Jangan terlibat dengan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita kerana akan terbebas melihat melihat yang haram dan membawa kepada mukadimah zina.