Monday, 8 October 2012

Cerita senama

anyway post nie di copy di ekaldude.blgospot.com..
sbb cerita dier sama dgn admin.. so pada mulanya admin search tentang kawan admin si syafiq jadi
tetiba kuar nama ekal.. so admin bukak
(perkara pertama yang admin jumpa ialah org yg bernama syafiq memang rapat.. dier mcm ader chemistri dalam pergaulan.. so bile admin search lagi, jumpa pasal nie...)



Hari tu

Memang dah tak tahan sangat . Macam mana pun , kena luahkan . Takboleh nak pendam-pendam,sebab bila dipendam .. Ya Allah , sakitnya. 

Jadi 

Aku pun meluahkan segala isi hati yang terbuku ni kat seorang sahabat aku . Aku dah takboleh tahan sangat menanggung perasaan ni . Jadi , aku perlukan seseorang , aku perlukan pendengar dan pastinya aku perlukan seorang motivater . Kenapa aku pilih dia jadi pendengar masalah aku ? Sebab sebelum ni , dia pun mengalami masalah yang sama dengan aku . Tapi dia boleh survive , kenapa aku takboleh jadi macam dia ? 

Entahlah . kehidupan aku kat Unisza ni jauh berbeza dengan kehidupan aku masa sekolah dan masa matrik . Dulu aku ramai sangat kawan , aku rapat dengan kawan-kawan aku . Nak pergi mana-mana je , aku takyah fikir takde kawan sebab semuanya ada depan mata . Aku nak pergi makan , ada kawan teman . Aku nak pergi shopping, ada kawan teman . Aku nak pergi bersukan , ada kawan teman . Kira serba lengkap selagi aku ada kawan . Waktu tu tak pernah fikir pun perasaan bila takde seorang kawan . Lupa . 

Allah maha adil . Dia bagi Unisza kat aku , tempat yang sangat asing untuk aku . Kiri kanan , aku tengok bertudung labuh , berpurdah , berkopiah , lelaki dan perempuan diasingkan , tiada hiburan . Yeah , semua tu aku boleh terima , aku boleh survive . Tapi bila bab kawan , semuanya jadi kosong . Aku jadi tak tentu arah bila ada kat sini . Aku fikirkan , aku hidup kat Unisza ni sama macam aku hidup kat tempat lain yang aku boleh dapat kawan baik semudah makan ABC, tapi Allah maha berkuasa . Dibiarkan aku macam ni , diujinya aku macam ni . Ni nak pergi makan pun aku terhegeh-hegeh cari kawan . Kadang-kadang tu aku terpaksa ikat perut sebab aku takde kawan nak pergi makan . Sungguh aku tak biasa macam tu , so aku pun ikat perut tahan lapar sebab takde kawan nak gi makan . Bodoh kan ? haha 

Aku luahkan perasaan aku , nak nangis ? Memang taklah . Cuma sikit sebak dengan hidup macam ni . Alhamdulillah , saat aku rasa aku mula nak jatuh . Masih ada insan yang tolong sedarkan aku . 

Selama ni Allah bagi aku banyak kawan . 

Yea , Allah takkan uji aku kalau Allah tahu yang aku tak mampu nak harunginya . Ini bermakna , aku boleh harungi semua benda ni . Betul , sebab tu Allah uji . Allah tahu aku boleh survive . 




Sebelum perbualan kami tamat , dia ada tinggalkan satu pesanan macam kat atas tu 

Alhamdulillah , sejak mengamalkan seperti yang disuruh . Aku dapat lihat satu kelainan , kawan-kawan mula mesra dengan aku . Aku dapat rasakan yang aku dah jumpa diri aku yang sebenar . 

Aku dapat satu jawapan . Sebenarnya ini lah dunia realiti . Dunia yang bukan hipokrit ataupun dunia yang plastik . Ini realiti . Kita takboleh sebenarnya nak mengharapkan orang suka kat kita , tapi kita perlu berusaha untuk buatkan orang selalu suka kat kita . Soal kawan , sebenarnya kita takboleh lagi nak tunggu kawan datang bergolek-golek depan kita , tapi sebenarnya kita yang kena cari , kita kena ikut cara dorang . Kita yang kena berusaha . Dulu mungkin aku bernasib baik , orang yang ikut rentak aku . Tapi sekarang aku pulak yang terbalik , aku kena ikut rentak hidup dorang . Aku kena kejar dorang . Aku takboleh duduk diam tunggu dorang datang cakap '' Eh haikal , jom pergi makan '' '' Eh haikal , jom bersukan '' ... 

Allah maha adil . 

Aku bersyukur sangat . Aku ingat aku akan forever alone kat sini , huhu . Tapi roomate aku baik sangat :") sepanjang aku kat sini , dengan dia lah aku lepak . Selalu bercerita dalam bilik , kalau pergi mana-mana dia tak pernah miss ajak aku . Pergi makan pun kalau hujung minggu bila masing-masing ada dalam bilik mesti dia ajak pergi makan . Aku mengaku aku lebih rapat dengan geng dari kos lain berbanding dengan kos aku . Takpe , aku faham kenapa . 

Sekarang , mungkin itu lah keajaiban Ya Rahman , aku dapat rasakan ukhuwah aku dengan kawan-kawan satu kos makin kuat . Aku dah takyah nak risau lagi . Mungkin ini hikmah nya . Allah dah bagi balik kawan-kawan kat aku :") .. Dah ada orang ajak aku pergi makan . teheeeeee ;)

Kawan-kawan yang lain , tolong doakan kebahagiaan aku kat sini ye .  tak mintak banyak , mintak tu je . hehe . InsyaAllah 

Akhir kata , Allah sentiasa ada di sisi kita . Cuma kita je kadang-kadang terlupa bahawa kita ni ada Dia ....

Assalamualaikum :)

copy paste dari : ekaldude.blogspot.com

No comments:

Post a Comment