Thursday, 11 October 2012

kisah HATI (copy paste)


anak--> mak nak duit.

mak--> maaf nak,mak nak simpan duit ni untuk bayar sewa rumah.
anak--> kenapa dulu ayah tak nak beli rumah, jadi kita tak payah la nak dok umah sewa lagi. dah la sempit, tak best.

mak--> bersyukur la nak dengan apa yang ada. dulu ayah kamu seorang yang berhati hati dalam berbelanja. namun kerana sesuatu perkara yang tak dapat dielakkan, duit yang ayah kamu simpan untu membe
li rumah telah ayah kamu gunakan kepada sesuatu yang lain.

anak--> arghhh alasan semua tu...kita ni hidup susah melarat macam ni pun sebab ayah la... pemalas. tengok sekarang apa yang kita kena hadapi.

emak--> jangan cakap macam tu nak. tak baik. kecian kat ayah kamu kalau dia dengar pasti dia terasa hati..

anak--> ayah takkan dengar punya.. dia kan dah takda...tu la dulu hidup banyak nyusahkan orang...dah mati pun nyusahkan orang...

emak--> nak tahu kenapa ayah kamu ninggal?

anak--> alaa mesti kes jenayah la tu.

emak--> yer ayah kamu ada buat salah.. tapi bukan kesalahan jenayah. kesalahan ayah kamu ialah dia sanggup memindahkan sebahagian hatinya untuk kamu. dan bayaran yang digunakan untuk menjalani pembedahan itu menggunakan wang untuk membeli rumah. dia telah mengalami komplikasi serius akibat kehilangan darah yang mendadak. dia lakukan semata mata untuk melihat anaknya yang baru berusia dua tahun itu dapat berjalan semula dan ketawa menghiburkan hatinya. dia tak fikirkan masa depannya, dia hanya fikirkan masa depan anaknya. pernah dia lafazkan kata kata ini "mah, andai abang pergi dahulu, abang harap mah jagalah anak kita dengan sebaik mungkin. berilah dia kasih sayang yang berhak dia dapat. mah, abang rasa masa abang dah sampai. halalkan segala galanya mah. abang banyak buat salah kat mah. abang tak dpat jadi suami yang sempurna untuk mah. namun abang tinggalkan mah dengan zuriat yang mampu menemani mah ketika abang tiada. mah, abang sakit ni. sakit mah... tapi abang sanggup menahannya untuk anak abang."

anak--> mak ckap apa ni?

emak--> buka la belakang jam peninggalan ayah kamu yang kamu pakai tu... ingat tak dulu kamu begitu suka dengan jam itu kerana jam itu sebagai penganti ayah kamu. kamu yang berkata begitu kan? nah sekarang buka lah belakang jam tu.

anak--> ada nota..."anak ku, andai kamu telah membaca surat ini, ketahuilah akan dikau ayah telah lama berada dalam hatimu... kasih ayah padamu tiada berakhirnya...ayah tunggumu di syurga... jaga la emakmu sepemergian ayah ini...anakku sayang..."

emak--> inilah orang yang kamu benci sebenarnya berada dalam hati kamu sendiri..

anak-->emak ampunkan dosa saya mak....ayah maafkan saya ayah...ya Allah tempatkanlah ayahku ditempat orang orang yang Engkau redhai...mak mulai sekarang saya akan membel hidup kita sekeluarga..

emak--> alhamdulillah..syukur kepada Allah..

~sesapa yang punya ibu dan ayah lagi, berbuat baiklah kepada mereka... kepada yang dah kehilangan mereka...sentiasalah memohon doa kepada Allah untuk mereka.

No comments:

Post a Comment