Tuesday, 1 July 2014

gASTRIC / GASTRISTIS

sALAM RAMADHAN ..  DISEBABKAN SAHABAT SAYA TERKENA GASTRIK DAN MENYEBABKAN TUBUH BADAN NYA SUDAH BERUBAH. DAN BARU-BARU INI DI DAPATI MEMPUNYAI MASALAH BUAH PINGGANG BERPUNCA DARI GASTRIK JADI SAYA INGIN BERKONGSI TENTANG GASTRIK.. 

SUMBER : http://bacaanharianku.blogspot.com/2012/01/bahaya-gastrik.html



BAHAYA GASTRIK


                                    






Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh wahai sahabat-sahabatku.  
Sejak akhir-akhir ini angin gastrik saya makin menjadi-jadi. Nak rukuk pon sudah rasa sakit. Dalam seminggu sudah 3 kali saya berulag alik ke klinik untuk datangkan rawatan. Di tambah pula dengan sakit tekak. Bermula sebelum pulang balik kampung rumah ibu mertua untuk meraikan Tahun Baru Cina bersama. Suami saya seorang saudara baru yang berbangsa cina.  Walaupun suami sudah berlainan agama dengan keluarganya, peluang untuk bersam keluarga ketika perayaan keluarga tidak dilepaskan. Inilah masanya untuk beramah mesra, bertanya khabar sesama adik beradik yang jarang berjumpa.  

Berbalik pada angin gastrik. Sebelum ini angin gastrik rasa yang paling teruk 3 tahun yang lalu. Kini ia datang kembali. Kali ini angin gastrik sudah sampai ke ulu hati, ia seperti menekan-nekan dada. Seperti tidak boleh bernafas. Ingatkan sakit dada atau lelah. Apabila berjumpa doktor kali ke-2, doktor kata angin gastrik sudah naik ke dada. Bahaya juga ni, rasa nak mati je ketika ke sakit gastrik macam ni. 

Saya ada buat sedikit kajian tentang gastrik di laman sesawang. Semoga dengan ilmu yang sedikit sebanyak ini dapat menbantu kita yang mengalami sakit gastrik.

GASTRIK


Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.


Penyebab Gastrik

Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.

Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.

Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.

Punca-punca lain Gastrik:
Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
Pengambilan alkohol yang berlebihan
Pengambilan kokain
Merokok
Stres
Gangguan autoimun
Penyakit crohn
Radiasi dan kemoterapi
Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
Rembesan asid gastrik yang berlebihan
Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.

Gastritis Terbahagi Kepada Dua:
Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.
Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.





Tip Sepanjang Bulan Puasa
  • Mengambil berat tentang pemakanan semasa bersahur bukan hanya disebabkan oleh masalah gastrik tetapi kerana ia merupakan amalan yang disunatkan
  • Bersahur pada waktu menjelang imsak dan bukannya sebelum tidur
  • Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati
  • Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut yang penuh. Keadaan ini hanya membebankan usus yang sepatutnya berehat semasa tidur. Oleh itu, makanlah antara tiga hingga empat jam sebelum tidur.
  • Elakkan tabiat terus tidur sebaik makan sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman.
  • Ada sesetengah individu yang alah pada makanan tertentu seperti cuka dan rempah. Jadi, elakkannya.
  • Begitu juga, elakkan makanan yang berlemak
  • Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. Hindari makanan ini.
  • Bersahur dengan makanan dan bukan sekadar minum air supaya dapat mengisi perut yang kosong.
  • Amalkan solat tarawih bagi memudahkan penghadaman makanan.

SIMPTOM sakit atau senak perut tidak menjurus kepada gastrik semata-mata. Banyak penyakit lain yang membabitkan gejala sama tetapi punca berbeza seperti pedih ulu hati, batu dalam pundi hempedu, ulser perut serta radang pankreas. Sama ada individu terbabit diserang gastrik atau bukan, hanya dapat ditentukan selepas diagnosis. 

Pakar Perunding Bedah Pengkhususan Gastrousus dan Laporososkopik Lanjutan, Dr Abdul Fahmi A Karim, berkata masyarakat masih kurang memahami petanda gastrik sebaliknya memberi tanggapan sebarang kesakitan pada perut terutama ketika berpuasa adalah gejala awal penyakit ini. Katanya, gastrik atau nama perubatannya, gastrisis merujuk kepada inflamasi (radang) pada bahagian lapisan perut (mukosa) tetapi masalah lazim ini turut digunakan bagi menerangkan pelbagai gejala yang disebabkan inflamasi itu termasuk pedih ulu hati atau ketidakselesaan perut. 


"Sebelum menganggap diri diserang gastrik, individu harus mendapatkan pemeriksaan dan nasihat pakar bagi mengelakkan kemungkinan mereka menghidap penyakit lain yang lebih serius," katanya. Walaupun lapisan mukosa sentiasa beralkali dan melindungi bahagian terbabit daripada dirosakkan bahan memudaratkan seperti alkohol, ubat aspirin, makanan berasid dan pedas serta asap rokok. Apabila lapisan ini semakin terhakis, ia tidak mampu menjalankan tugas dengan baik hingga  menimbulkan radang.

"Sakit lebih dirasai apabila berpuasa disebabkan peningkatan tahap asid dalam perut berikutan ketiadaan makanan. Asid sedia ada yang membantu mencerna makanan berkumpul pada bahagian terbabit bersama asid yang terhasil secara semula jadi berdasarkan tindak balas kimia.

"Apabila keadaan itu berlaku ditambah ketiadaan pelindung mukosa, radang boleh berlaku tanpa mengira waktu. Selain pengambilan ubat dan kemestian makan sahur bagi sumber tenaga, pesakit tidak digalakkan membayangkan keenakan makanan kerana imaginasi atau faktor psikologi ini mampu meningkatkan lagi keasidan perut," katanya. 

Penghasilan asid secara semula jadi boleh berlaku menerusi tiga fasa iaitu tindak balas kimia pada otak sebaik terbayang makanan, apabila makanan di dalam mulut serta ketika proses penghadaman.

Sementara itu, jangkitan bakteria dikenali sebagai helicobacter pylori (H pylori) juga antara penyebab gastrik. Ia mampu bertahan dalam keadaan perut berasid, malah jangka hayatnya juga panjang. Dianggarkan sejumlah 74 peratus pesakit yang mengalami ulser gastrik mempunyai jangkitan Hpylori. 


FAKTA



Simptom gastrik 



* Kesakitan semakin berkurangan atau bertambah apabila makan. 

* Pedih pada ulu hati atau bahagian atas perut. 

* Terasa loya. 

* Berat badan turun. 

* Terasa pedih, sakit seperti sengal atau lapar yang teruk pada perut antara satu hingga tiga jam selepas makan atau tengah malam. 

* Najis kehitaman atau berdarah (menunjukkan ulser sudah berdarah). 

* Kerap sendawa. 



Penyakit lain berkaitan sakit perut 












Pedih ulu hati - Masalah pedih ulu hati disebabkan beberapa faktor sama ada daripada ulser gastrik (perut) atau ulser duodenum yang boleh dikategorikan kepada jenis peptik. Ulser duodenum yang boleh dikategorikan kepada jenis ulser peptik. Selain itu, refluks esofigitis atau keadaan apabila pesakit terasa asid naik ke belakang mulut (kepanasan) juga membuatkan seseorang terasa loya, payau, sesak nafas dan batuk.

Batu dalam pundi hempedu - Boleh menyebabkan seseorang pedih padabahagian ulu hati. Punca hanya boleh diperoleh menerusi ujian ultra bunyi (Ultrasound) di perut, endoskopi, ujian darah dan pernafasan. Sakit semakin teruk apabila mengambil makanan berlemak kerana ia menyebabkan hempedu mengecut seterusnya menjadi kejang. Hampir 30 peratus menghidap batu hempedu tidak berasa sakit. 




Radang pankreas - Kesakitan pada bahagian ini boleh dianggap seriuskerana ia memberi makna pankreas sudah rosak berikutan keracunan. Terlalu banyak alkohol antara punca yang membuatkan bahagian ini tersumbat atau rosak. 

Ulser perut - Terdapat tanda kemerah-merahan atau luka pada dindingmukoza. Jika dibiarkan tanpa rawatan segera, luka sedia ada menjadi bertambah teruk. Gejala ini juga boleh berlaku di bahagian usus kecil.





Semoga kita semua dapat keredhaan Allah dengan amalan kita sepanjang hayat. Kita berusaha, berdoa, dan tawakkal insya'allah


Wallahualam bi shawab