1. 'iPhone' China
Sepertimana Apple suatu ketika, jenama iPhone dinaikkan dengan ciptaan cara menggunakan telefon yang baru. Steve Jobs menjenamakannya dengan cara unik sehingga orang berlumba-lumba mendapatkannya walau apa cara sekalipun.
Xiaomi menggunakan pendekatan sama. Pelepasan produknya dimulakan dengan penjenamaan telefon pintar berkeupayaan baru. Tidak seperti pesaingnya yang lain, Xiaomi tidak mengangkat fungsi kamera, skrin dan sebagainya terlalu ke depan sangat. Sememangnya mereka tidak perlu berbuat demikian atas faktor kedua di bawah.
2. Komuniti Xiaomi
Xiaomi mempunyai pengikutnya yang dikenali sebagai 'Mi Fans' lahir bukan saja dari kalangan pembangun dan 'geek' komputer tetapi melalui perkongsian maklumat sosial dan suara mereka didengar rapat syarikat tersebut.
Mi Fans sangat aktif bukan saja di China malah di seluruh dunia. Meskipun jumlahnya pada permulaan tidak tinggi tetapi ia semakin hari semakin bertambah.
3. MIUI
MIUI iaitu antaramuka ROM Xiaomi berdasarkan Android jelas memberi kelebihan kepada Xioami. Ia adalah permulaan kenaikan popularitinya keran mempunyai banyak pilihan yang ditawarkan dan dibangunkan secara bersama dan kolektif.
Menariknya, banyak ciri dalam MIUI yang tiada di Android dan iOS seperti gestur navigasi dan 'themes'. MIUI juga boleh dimuat turun di telefon Android lain menjadikannya mula digemari pengguna.
4. Harga murah
Berapa harga produk menariknya seperti Mi3? RM2,000++? RM1,500++? TAK. Hanya bawah RM1,000 untuk produk yang berkualiti tinggi (sebab ke-5 yang ditulis di bawah nanti). Itu nilai telefon kategori premiumnya.
Semua mampu milik. Lebih menarik juga, bukan saja telefon tetapi Mi Band misalnya hanya RM50! Haa, murah sangat. MiTV dan TV juga diperkenalkan pada harga yang jauh rendah. Siapa tak mahu, kan?
5. Kualiti
Ambil contoh Redmi Note, phablet 5.5 inci dengan prosesor octa-core yang menawarkan prestasi memberangsangkan. Rekaan Mi3 yang cantik, tahan lasak dan premium memang menjadikannya rebutan.
Produk lain seperti router dan TV UHD pula terjual dengan unit yang tinggi di negara seperti China.
6. Strategi jualan
Ia tidak dijual di kedai biasa, semuanya di laman web saja. Kenapa mereka bertindak demikian? Jawapannya mudah, tak perlu bayar pengedar sejumlah komisen tinggi kerana untungnya dikaut 100% syarikat. Alasan sama juga menjadikan kesemua produk boleh dijual murah.
Xiaomi juga menjualnya dalam jumlah yang terhad. Maknanya si pemakai akan berasa eksklusif dan pengguna baru tidak sabar beratur online.
7. Hugo Barra
Bekas orang kuat Google ini benar-benar merubah Xiaomi untuk lebih keluar dari kepompong China. Hubugan rapatnya dengan industri juga disenangi.
Pelantikannya sebagai eksekutif paling kanan Xiaomi dengan gaya sempoi memang menjadi pilihan terbaik untuk Xiaomi bergerak dengan selesa.