Friday, 20 January 2012

Kerja Amal Ku...

Pada beberapa hari lepas, aku dipelawa untuk bekerja di sebuah carwash yang baru dibuka... Pada sebelum itu, aku dapat panggilan dari kawan rapat aku, bapanya yang buka carwash itu. Jadi aku terima pelawaannya... Tapi niat aku untuk kesana adalah untuk menolong dia kerana dia selalu cakap "tak cukup tangan wei, tolong aku". Jadi aku terima pelawaannya tanpa rasa ragu dan berfikir panjang. Pada malam hari selepas mendapat panggilan, aku berbincang dengan keluarga untuk menolong rakanku di carwash bapanya. Terus ayah aku bersetuju untuk mengahantar aku kerumah rakan aku. " dengan niat, aku ingin membuat kerja amal dan membantu rakan ku  dan ingin lepak dengannya selama yang boleh" niat aku apabila keluar dari rumah...

Apa bila sampai disana. Aku menunggu dia warung yang sekitar kawasan rumah dia sementara menunggu dia habis bekerja. Jam menunjukkan 11.00 malam. Ayah ku muluncur pulang kerumah. Kelibat rakan ku mula menyerlah... Punya lah suka nya... hmmm

Nak dijadikan cerita aku mula bekerja pada esok hari. Tak banyak kerata yang datang.. (mungkin baru buka)
hmm.. Best bila bekerja dengan dia. Tak boring.Tapi penatnya bila kami beramai membasuh kinopi kerana ianya salah satu perkhidmatan yang disediakan...

Hmm.. nak dijadikan cerita lagi.. ukhwah aku ngan dia bertambah akrab...

Cuma satu sifat yang aku tak suka pada dia ialah... dia seorang perokok, (aku tak leh hidu rokok dan bagi aku rokok adalah musuh) Pada salah satu malam, dia lepak dengan kawannya yang satu sifat dengannya... Tapi aku tak leh GET IN to group.. Jesteru aku terus pulan kerumahnya tanpa berfikir panjang. hmm... Ntahlah.. aku tak leh ar klo kawan baik aku sendiri merokok... dah wat aku mcm tunggul bile jumpa kawan dier yang len.. aku tau ar yang dia tgh gian untuk bermain gitar.. Aku paham. Jadi aku tunggu bersama dier dengan kawan2 dia hampir setengan jam... Aku tak dapat tahan lama. Jadi aku bangun lantas pulang. dengan muka masam. Itulah cerita pahit.. masa kat sana....

Tapi apa2 pun aku senang bila duduk disana... mcm dah lama kenal dengan keluarga dia...hmm.... jadi semua benda yang belaku pada malam tuh aku wat endah tak endah jer.. sebab dia kawan baik aku..

Pada esok nya sambung kerja seperti biasa... Bila ada time free jer (time takder keta lol) aku lepak ngan dier depan labtop dan explore android iaitu kegemaran kitorang untuk explore gajet dan software terbaru... hehehe... Akrab giler ar....

Then last day aku kat sana... teringat pesan mak.. " jangan lupa terima kasih kat orang yang jaga kita"
so aku jumpa mak dia untuk mengucapkan terima kasih... Dengan pesanan kirim salam dekat bapanya sekali... The End.... Kerja amal beb... duit tak jadi hal.. asal dapat lepak ngan dier yang otak agak2 masok air tuh. hahaha..  okey lah.... dari tak buat apa2 mase lepas spm nie. hahaha

No comments:

Post a Comment