Saturday, 6 April 2013

Hari jumaat yang paling aku nanti


Hari jumaat yang paling aku nanti-nantikan dimana hari yg paling org suka…sbb penghulu bagi hari dan hari dimana penguhulu hari bagi mengumpulkan umat islam di masjid. Bagi aku hari jumaat terlalu banyak memori baru ini kerana setiap hari jumaatlah dimana aku dapat berkumpul  dengan kawan2 dan adik-adik junior aku.. jgn pandang slack.. adik angkat aku ramai… bukan macam mentoo mentee.. maybe sbb aku sebagai senior seperti bertanggung jawab atas adik-adik aku yg berada di bawah jagaan aku kerana aku diberi jawatan sebagai pengerusi cybernetics (pengawas ict) oleh bonda (cikgu atikah) dengan amanahnya.. aku tiada cara lain untuk merapat dengan meraka-meraka nie, dengan membawa diri aku kecara kehidupan mereka. Bukan mengajar perkara yang bukan2. Tapi cara aku adalah menyelami dunia mereka dengan membawa mereka berfikiran jauh dari tempat duduk mereka, maksudnya cara aku untuk membuka minda mereka dan berfikiran jauh, bukan sahaja di Langat. Cara aku adalah untuk mengenalkan mereka dunia IT itu sebenarnye luas, tapi aku tak perlu kan ganjaran apa-apa dari mereka, mereka hanya perlu share kan ilmu yang aku bagi kepada mereka atas sbb Allah maha kuasa. “semua benda yang dimiliki kita adalah hak Allah SWT”. 

Kedai cedol mamak didepan padang Langat batu 14 menjadi saksi aku, chedet, nabhan, shahman, sufy, iman, shafiq azman berkumpul di situ untuk merapat hubungan kami, tengoklah kalau aku ada duit, rezeki mereka aku blanja makan cendol, kalau takde nak wat mcmmana. Tapi bagi aku duit aku habis takpe, yang penting ukhwah kami, duit boleh carik, tapi ukhwah yang hancur susah nak pungut. Jadi pada hari jumaat lah aku dengan mereka berkumpul sebelum solat jumaat, teruk2 kami pown tak pernah tinggal solat jumaat jika berkumpul, ada batas kami melepak, jesteru dari situ aku cube belajar character setiap seorang, ada yang manja, ada yang iri hati, ada yang manja plas2, tapi kebanyakkan mereke  nie manja dengan aku, haha, dah kene suap agaknya.. tapi  ini lah cara aku mengenali mereke dengan lebih rapat, sampai adakalanya aku nie tempat mereka mengadu. Aku lama jadi sayang kat mereke, sampai ada org yg jalous dengan keakraban kami, haha. Sayang maksud aku dah jadi mcm adik beradik, takde panggil kau aku. Kitorang ada hormat panggil abg atau nama, aku lebih selesa bile panggil abg sbb aku tak tahu nak menamakan diri aku sapa. Kalau org tuh panggil aku abg aku panggil adik, kalau org panggil aku kau je aku ikutjelah.. aku tak kisah. diri aku simple dengan org, cume aku cerewet tang berkawan. Kalau mereke yg kenal tau lah aku mcm mana. Yg penting dorang dapat terima seadanya, mereka pown adalah salah satu pembakar semangat aku untuk terus kan pembelajaran sehingga sekarang. Aku perlukan ilmu itu untuk disharekan kepada adik2 aku, supaya mereka adalah special dari pelajar2 yang lain.
Bukan aku nak bercerita banyak. Kalau dulu semua cerita aku, aku jadikan video, tapi  sekarang dalam bentuk tulisan ini kerana susah org nak paham tentang video2 nie.. cume org yang rapat sahaja yang tau. Well, aku memang suke duduk kat makmal computer lepas kelas abis, kat situ lah mereka carik aku, aku tak lari mana, kalau takde kat makmal aku kat dewan sekolah ( sebab banyak join event sekolah ) kalau tak call lah, haha, ada juga yang cakap aku dengan aiman naiim selamat adik beradik, dah nama pown lain, tapi tuh lah org kata, kalau kita terlalu rapat, sampai muke pown org kata adik beradik. Well dah magrib dah, aku rasa cukup kot kenangan yg aku nak luahkan pada hari nie.. haha.. nanti ada masa, aku sambung blogging lagi kay.. salam kepada pembaca xoxo publish.

P/S kalau kita ikhlas berkawan dengan org, org akan ikhlas dengan berkawan dengan kita, hari jumaat adalah kenangan dan setiap hari adalah anugerah. Rindu zaman itu. -2011-

No comments:

Post a Comment